13.7.09

Hati Sudah Dihala Ke Manek Urai

Alhamdulillah, nampaknya hasrat saya untuk bersama teman-teman peguam lain bertugas di Manek Urai esok dikabulkan tuhan. Insya Allah jika tidak ada aral melintang, petang ini bertolaklah saya ke sana.

Saya dijadualkan bertugas di UPU Chuchoh Puteri. Dan kebetulan pada hari Sabtu lepas semasa bertugas, kes pertama melibatkan isu 'kepolisian' dan orang kampung terjadi di situ. Sekurang-kurangnya memudahkan saya mengenali kepala-kepala di situ.

Ummi akan turut serta. Dan dijangkakan buat kali pertama beberapa peguam muslimat juga akan turut serta. Memang tepatlah kalau dikatakan PRU ini dijadikan medan praktikal peguam berhadapan dengan masyakat (masih ingat Law & Society?).

Sebenarnya kalau mengikut perancangan asal saya saya tidak mungkin dapat ke MU esok sebagaimana alasan dalam tulisan sebelum ini. Ditakdirkan tuhan, atas sebab-sebab yang tidak terjangkau dek kudrat manusia, kes hanya dijalankan sehari sahaja; kelmarin. Tuan Abdul Razak, pendakwa yang mengendalikan kes sempat berbisik dengan saya "Sampai juga hasrat nak ke MU".

Alhamdulillah.

8.7.09

Hati Saya Di Tempat Lain...

Maafkan saya kerana tidak mengemaskini blog ini. Hati saya di tempat lain. Antara PRK Manek Urai, kerja dan minoriti Muslim Uighur di Xinjiang; saya perlu mengutamakan yang sepatutnya.

Saya hadir ke Manek Urai. Dan di antara jam 10.00 ke 11.00 pagi hari Isnin lepas saya kemukakan satu bantahan. Sebagaimana semua tahu, bantahan tersebut di tolak dan pemilihan akan dibuat pada 14 haribulan nanti.

Saya doakan 14 haribulan nanti tiada masalah besar yang berbangkit. Insya Allah bulan akan mengambang penuh.

14 haribulan nanti, saya tidak dapat ke Manek Urai. Kes melibatkan hukuman mati di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tidak mungkin dapat ditangguhkan lagi. Dalam keadaan pihak hakim dan mahkamah mementingkan statistik, saya tidak sampai hati memohon penangguhan. Kerana bimbang ditolak mentah-mentah.

Dalam pada itu juga, tanpa angin bergoyang tiba-tiba keluar berita rusuhan di Xinjiang antara Komunis Han dan minoroti Islam Uighur. Saya belum mendapat gambaran menyuluruh tentang kejadian tersebut. Tapi saya percaya umat Islam Uighur sudah mula meluat dengan penindasan Komunis Han terhadap mereka.

Apakah peristiwa di Bosnia-Herzegovena 12 tahun lepas mahu berulang? Di mana PBB dan di mana OIC? Adakah mahu menunggu kehancuran serupa baru mahu bertindak?

Hati saya di tempat lain....

28.6.09

We Are The World

There comes a time when we heed a certain call

When the world must come together as one

There are people dying

And its time to lend a hand to life

The greatest gift of all

We cant go on pretending day by day

That someone, somewhere will soon make a change

We are all part of gods great big family

And the truth, you know, love is all we need

We are the world, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving

Theres a choice were making
Were saving our own lives

Its true well make a better day
Just you and me

Send them your heart
So theyll know that someone cares

And their lives will be stronger and free

As God has shown us by turning stones to bread

So we all must lend a helping hand

We are the world, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving

Theres a choice were making
Were saving our own lives
Its true well make a better day
Just you and me

When youre down and out, there seems no hope at all

But if you just believe theres no way we can fall

Well, well, well, well let us realize that a change can only come

When we stand together as one

We are the world, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving

Theres a choice were making
Were saving our own lives
Its true well make a better day
Just you and me

We are the world, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving

Theres a choice were making
Were saving our own lives
Its true well make a better day
Just you and me

We are the world......

23.6.09

Berpegang Dengan Tali Allah

16.6.09

Saya Protes Tindakan DS Nizar

Walau apapun tanggapan orang terhadap tindakan DS Nizar di Parlimen semalam; saya menyokong langkah yang diambil oleh Yang Dipertua Dewan. Perilaku sebegitu memang sepatutnya tidak berlaku di sebuah dewan yang mulia dan pelakunya wajar dihukum. Adapun kewajaran gantung sehari, dua hari atau setahun adalah hal yang lain.

Yang penting keharmonian Parlimen sewajarnya dipertahankan. Dan yang dipertanggungjawab untuk menjaganya adalah Yang DiPertua Dewan.

Dewan persidangan adalah tempat yang mulia. Ada protokol tertentu yang mesti diikuti. Tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sesuatu yang diluar peraturan. Jika tidak ada peraturan atau peraturan tidak diikuti jadilah macam persidangan kedai kopi. Sesiapapun boleh bercakap, hentak meja atau sambil-sambil main dam. Nak mencarut pun boleh.

Parlimen bukan kedai kopi. Justeru tindakan hukuman oleh speaker adalah wajar dan patut dipuji.

Ia ibarat mahkamah. Walaupujn tidak setuju dengan hukuman atau perintah hakim, peguam masih lagi mengucapkan terima kasih. Tidak menjerit atau pekik melolong. Hakim berhak menjatuhkan hukuman kerana menghina mahkamah jika peristiwa itu berlaku. Dan peguam sendiripun sudah ramai yang kena.

Apabila kena gantung tidakkah diri sendiri yang rugi?

11.6.09

Snippet - Post Muktamar 2009

Beberapa orang rakan bertanyakan perihal blog saya yang tidak dikemas kini sejak seminggu lepas. Sebetulnya sejak Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tempoh hari. Saya pun sedar bahawa saya tidak menulis apa-apa tentang natijah daripada muktamar-muktamar PAS pusat. Bagi saya cukup sebenarnya dengan apa yang diucapkan oleh pimpinan semasa sesi penggulungan masing-masing.

Bagi saya apapun natijah ucapan atau arah aliran sekalipun; itu hanyalah strategi untuk memajukan parti. Yang penting bagi saya adalah dasar PAS tidak pernah berubah sebagaimana kehendak perlembagaan iaitu Islam. Bagi saya apabila pasal tersebut kekal utuh, maka datanglah apapun strategi atau aliran pemimpinnya; silakan. Cuma bersedialah untuk dipertanggungjawab pada muktamar akan datang.

Bagi saya, apapun selogan yang digagaskan samada berbentuk 'muqabalah', 'muzakarah', 'kerajaan perpaduan' dan seumpama dengannya hanyalah sebuah strategi untuk memungkinkan keunggulan Islam. Selagi gagasan tersebut tidak bercanggah dengan sumber-sumber hukum Islam tidak sayugia ahli parti yang taat mempertikaikan kehendak pimpinan.

Adapun bagi para perwakilan, saya percaya anda telahmenjalankan tugas anda memilih pimpinan kita. Sekarang biarkan pimpinan dengan kepercayaan yang kita berikan itu memilih jalan yang tidak bercanggah dengan fasal-fasal perlembagaan untuk mencorak perjuangan kita.

Dan untuk pimpinan yang telah dipilih, anda sekarang telah mempunyai ruang untuk bersuara. Anda mempunyai hak untuk suara anda didengar dan ditimbang oleh Presiden. Tidak ada alasan sebenarnya bagi anda bercakap terlebih dahulu dengan media tanpa cadangan anda dikemukakan kepada mesyuarat.

Contoh yang mudah. Saya amat mengesali tindakan Datuk Mahfuz yang mencadangkan calon-calon Timbalan Presiden yang kalah dilantik sebagai ahli Dewan Harian. Melalui media; sedangkan beliau boleh saja menyuarakannya kepada Presiden dalam mesyuarat pertama nanti.

Tidakkah cadangan terlebih awal itu menunjukkan tindakan lobi? Bagi saya ia adalah satu tindakan lobi dan mendahului hak presiden dalam memilih team yang dikehendakinya.

Saya juga melihat propaganda media yang menunjukkan seolah-olah muktamar-muktamar tidak menjawab persoalan sebagai satu tindakan provokasi mereka terhadap PAS. Sebagai contoh seolah-olah usul daripada muktamar agar kerajaan mengharamkan terus SIS menyebabkan beratus-ratus NGO dan di sokong oleh Ketua Pemuda UMNO mengecam PAS sebagai tidak demokratik. Sedangkan usul sebenarnya adalah mendesak kerajaan mengkaji kegiatan SIS yang dianggap bertentangan dengan Islam dan jika betul demikian kerajaan diminta melakukan sesuatu.

Demikianlah betapa musuh-musuh Islam cuba menjatuhkan PAS. Dan PAS sebagai parti yang lebih dewasa dari UMNO seharusnya tidak terpengaruh dengan mainan tersebut.

4.6.09

Mempersada Perjuangan Sempena Muktamar DPPP

"Pemuda dan Pemudilah termometer turun naik sesuatu bangsa.
Angkatan tua berpusing turun, angkatan muda berpusing naik.
Angkatan tua amanah panduan, angkatan muda harapan perjuangan.
Angkatan tua banyak pengalaman dan kebijaksanaan, angkatan muda penuh semangan dan keberanian berkorban.
Angkatan tua berfikir cermat dan menimbang, angkatan muda cergas dan nekad maju mekar mengembang.
Tua memperkayakan khidmat dan menghargai masa.
Tua menghadapi akhirat, pemuda menghadapi dunia dengan penuh harap.
Pemudalah yang menyambung dan meneruskan cita-cita perjuangan pesaka orang tua kita.
Dunia ini nikmatnya untuk rebutan pemuda yang penuh dengan harapan dan kepercayaan kosong dan hampa hidupnya.
Harapan dan kepercayaan pemuda itu adalah ideologinya yang hak dan adil."

Prof Dr. Burhanuddin al-Helmy pada Kongres Dewan Pemuda PAS Pusat Kedua di Madrasah al-Ulum as-Syariah, Bagan Datoh pada 13 dan 14 Disember 1957.

2.6.09

Mangsa Yang Rela

Saya melihat peratusan indeks jenayah negara semakin naik. Banyak kejadian jenayah yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang tidak kita jangka boleh terjadi. Selama ini kita didedahkan dengan jenayah yang terjadi secara tiba-tiba. Jarang jenayah yang berlaku di negara kita terlibat secara teratur ('organised'). Kalau adapun ianya berakhir dengan berlakunya jenayah tersebut sahaja seperti bunuh, rogol, pukul, curi dan sebagainya.

Tetapi akhir-akhir ini, jenayah yang di hadapkan kepada kita lebih berbentuk 'teratur'. Ada ketua, orang kanan serta komrad-komrad yang ditentukan tugasnya. Contoh yang paling dekat dengan kita adalah kisah penemuan beberapa orang peminjam yang dipenjara oleh Ah Long. Dengan tertangkapnya beberapa ahli geng, polis kini menjalankan gerakan besar-besaran untuk menangkap ketua mereka.

Walaubagaimanapun, bukan kisah Ah Long atau ahli geng yang saya ingin sentuh hari ini. Tetapi lebih kepada 'mangsa". Yang ditambat, dipukul dan sebagainya lantaran kerana tidak dapat membayar hutang Ah Long.

Apakah mereka sebenarnya 'mangsa'? Atau orang yang rela di'mangsa'kan? Dalam keadaan begitu banyak usaha penerangan serta berbagai berita disiarkan sebelum ini; tentang akibat dan kesan meminjam dengan Ah Long! Dan dalam keadaan fakta yang menunjukkan orang yang terlibat dengan Ah Long bukannya kerana tidak cukup makan tetapi lebih kepada hawa nafsu! Seperti tahi judi.

Dan situasi 'mangsa' seperti itu bukan hanya kepada Ah Long, tetapi juga terhadap jenayah lain seperti rogol, ragut; curi dan sebagainya.

Saya percaya telah berjuta wang rakyat digunakan oleh kerajaan untuk menyedarkan masyarakat agar berhati-hati dan tidak terlibat dengan insiden tersebut. Kes ragut umpamanya, telah berbagai kempen dibuat; seperti aturcara meletak beg, bentuk beg dan sebagainya. Tapi hasilnya tetap sama dengan berfikir perkara tersebut "tidak akan berlaku ke atas aku".

Sayugia diingatkan bahawa jenayah berlaku kerana ada peluang. Ah Long menawarkan perkhidmatan kerana ada permintaan. Ragut berlaku kerana ada peluang, rogol terjadi kerana ada di depan mata; yang jika dilihat secara keseluruhan fakta; berlakunya sesuatu jenayah kerana ada 'kerjasama' dari pihak mangsa.

Dalam keadaan tersebut, tidak bolehkah kiranya pihak penggubal undang-undang mula memikirkan untuk meletakkan pihak yang merelakan diri mereka ini menjadi mangsa dipertanggungjawabkan juga dengan kesalahan tersebut. Misalnya dengan memasukkan peruntukan baru dalam Kanun Keseksaan atau undang-undang berkaitan bagi membolehkan kerajaan menuntut segala implikasi kewangan dalam mensabitkan penjenayah berkaitan dari 'mangsa' yang rela.

Kadang-kadang 'mangsa' yang rela ini patut juga diajar sebagaimana penjenayah lain.

29.5.09

Perkataan Haram

Seksyen 9 Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam 1981 telah menyenaraikan dalam Jadual (Bahagian I dan II) beberapa perkataan dan perbahasaan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan adalah: Allah, Qadhi, Haji, Khalifah, Firman Allah, Ilahi, Mufti, Wali, Ulama', Wahyu, Rasul, Fatwa, Hadis, Mubaligh, Imam, Iman, Ibadat, Syariat, Dakwah, Nabi, Ka'bah, Qiblat, Solat dan Sheikh.

Manakala perbahasaan-perbahasan yang tidak boleh digunakan adalah: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, Insya Allah, Astaghfirullahalazim, Tabarakallah, Masya Allah dan Lahaulawalaquwwata illabillahilazim.

Perkataan dan perbahasaan tersebut (contohnya bagi negeri Kelantan) telah diluluskan pada 1/12/1981.

Seksyen 9(3) memperuntukkan bahawa orang bukan Islam yang melakukan kesalahan menggunakan perkataan dan perbahasaan itu (kecuali untuk rujukan atau petikan) boleh dikenakan denda sebanyak RM1000.00.

Walaubagaimanapun sepanjang wujudnya enakmen tersebut, tidak pernah ada satu kes di bawah seksyen ini telah dibawa ke Mahkamah untuk pendakwaan. Malah lebih teruk lagi peruntukan berikutnya dalam seksyen 10; di mana pentauliahan seorang pegawai untuk menjalankan kuasa enakmen tidak pernah dibuat.

Kalau tidak isu Herald saman KDN tidak akan timbul dari awal lagi.

26.5.09

Snippet - Pre Muktamar 2009

Setinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada calon-calon kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat. Sebagaimana pegumuman pagi tadi, tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi dewan memandangkan ada calon-calon yang menarik diri. Dan tentunya penerimaan dan penolakan terhadap pencalonan jawatan dibuat dengan hati yang penuh ikhlas dan bermatlamatkan untuk perjuangan.

Sekurang-kurangnya, pemuda boleh berbangga dengan 'dasar terbuka hati' tersebut walaupun hampir setiap hari dimomokkan dengan berita, lapuran serta analisis dari pelbagai media tanah air.

Yang paling menyakitkan hati saya adalah label yang dikenakan ke atas calon yang bertanding. Si anu dikatakan golongan "Erdogan" manakala si Anu lain adalah proksi "Muqabalah". Sedangkan saya percaya hampir semua analisis yang melabel tersebut ditulis oleh orang luar parti. Dan mungkin ada di kalangan mereka merupakan 'agent provocateur' yang bertujuan memecahkan perpaduan parti.

Dan tentunya, tumpuan sekarang adalah kepada pertandingan utama bagi di peringkat timbalan dan naib presiden. Semoga pertandingan tersebut (kalau berlaku juga nanti) adalah sebagai azam untuk berlumba mengerjakan kebajikan.

Antara berita yang menggembirakan saya juga adalah penerimaan pencalonan DS Nizar ke jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Walaupun ada pencalonan yang mencukupi dan jika diteruskan pun mungkin menang selesa, beliau telah menolak pencalonan untuk Naib Presiden. Saya percaya sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, Dato' Seri Nizar masih mempunyai masa depan yang panjang dalam perjuangan. Beliau tidak perlu gelojoh!!.

Ibarat kata Dato' Pa, pemimpin PAS tidak perlu terlalu menonjolkan diri; orang PAS pandai menilai pemimpin.